Monday, October 26, 2015

Laman Blog Rasmi TKRS Daerah Tampin kini sudah ditukar kepada Laman Blog Rasmi KRS dan TKRS Daerah Tampin hasil perbincangan dalam Mesyuarat Penyelarasan KRS Daerah Tampin di Darul Falah, Tampin pada Bulan Mei 2015 yang lalu.

Makluman untuk semua pegawai KRS, berikut ialah email yang baru:-

KRS Tampin    -    krstampinn9@gmail.com
TKRS Tampin  -   tkrstampinn9@gmail.com

alamat blog, krstampinn9.blogspot.my

Thursday, January 10, 2013



Buku Log unit beruniform keluaran Sasbadi, hard cover dan harganya RM 9.90 sahaja..Keluaran terbaru adalah yang berwarna coklat, menurut ejen Sasbadi, mulai tahun ini keluaran yang berwarna hijau ini sudah tidak dikeluarkan lagi..Bagi jurulatih TKRS di daerah Tampin, boleh order dari Mr. Chua di Saujana Ilmu Enterprise, Tampin Square..

Tuesday, November 6, 2012

Alhamdulillah, Blog TKRS Tampin berjaya direalisasikan..

Alhamdulillah, blog TKRS Tampin berjaya juga dibina akhirnya. Diharap dengan adanya blog ini nanti, semua Pegawai TKRS dan kadet TKRS di daerah ini boleh berkongsi maklumat dalam memantapkan lagi perjalanan aktiviti TKRS di daerah Tampin. Walau bagaimana pun, blog ini masih lagi baru dan banyak lagi perlu dilakukan dari segi memantapkan isi kandungan blog serta sebagainya. Sebarang idea, cadangan, komen dan kritikan amatlah dialu-alukan demi kebaikan kita bersama. Insyaallah, semoga kita berjumpa lagi pada Tahun 2013 dengan 1001 azam. Ilmu, Iman dan Amal.

Sunday, October 21, 2012

Penubuhan Jawatankuasa TKRS Daerah Tampin buat pertama kalinya

Pada 15 Oktober 2012 yang lalu, telah berlangsung satu mesyuarat pengurusan TKRS dan KRS Daerah Tampin bertempat di PKG Tampin. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh pegawai dari PPD Tampin, iaitu En. Mohd Redzuan bin Shamsudin, En. Ramamorthy a/l Ramanaidu dan tidak ketinggalan Pegawai Tadbir TKRS Daerah Tampin iaitu Kapt (KRS) Kamarzaman bin Md Sharif dari SK Bukit Rokan Utara. Maka buat pertama kalinya telah tertubuhlah Jawatankuasa Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Daerah Tampin yang akan berfungsi menguruskan segala perjalanan aktiviti TKRS terutamanya di dalam daerah Tampin.