Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang melambangkan Agama
Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan
peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum,
agama dan latar
belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan
Negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan
serta kesucian.
No comments:
Post a Comment